Rabu, 25 Jun 2014

Panduan Perkahwinan Negeri Johor. Mudah Jika faham.

Nak kawin.. pening kepala tak tahu prosedur??? Panik?

Yes...semua orang mengalami situasi ini. Tertanya-tanya betul ke apa yang kita buat, ada benda tertinggal tak...especially yang tiada siapa nak dibuat rujukan. So, this is for  bride to be @ bakal pengantin yang nak melangsungkan perkahwinan di Johor k! I hope, with my knowledege and experiences, its will guided you all untuk membina Rumah Tangga yang bahagia...Amiin. 

p/s : Panduan ini lebih kepada perempuan di negeri Johor. Lelaki lebih kurang sama cuma dokumen yang disediakan kurang daripada wanita. Banyak situasi sebenarnya, Jika Perempuan Lelaki negeri Johor.2-2 kena isi eNCR. Apa itu eNCR? hah ni sistem untuk memohon surat kebenaran nikah.Takda kebenaran dari kadi daerah TAK BOLEH KAHWIN! HARAP MAKLUM~ Kalau perempuan orang Johor Lelaki orang Negeri lain, Perempuan je kena isi.Lelaki pula kena dapatkan surat kebenaran nikah luar kawasan dari negeri mereka untuk perempuan lampirkan pada permohonannya. Setiap proses ini ada bayaran...tapi masih mampu lagila..nak kawin punya pasal huhu preparela..

Step 1

Step ini memerlukan masa untuk berurusan dengan pihak luar.Jadi buat dahulu...Rancang dengan betul.
  1. Kursus Kahwin.
  • Nasihat: pergi dalam Negeri/ Daerah sendiri supaya tahu cara di negeri sendiri. Sebarang kemusykilan, boleh di tanya terus kepada orang yang sepatutnya. Yuran bagi Jabatan Agama  Islam Daerah Segamat 2013 bersamaan RM120 (2 hari beserta makanan).Pastikan dapat sijil dan cara mengisi secara online!
  • The best timing : 3-6  bulan sebelum nak kahwin, at least benda penting tak terlepas.
     2. Ujian HIV. (Selepas kursus kahwin)
  • Pergi pejabat agama Daerah masing-masing bagi , dapatkan borang untuk ujian HIV. Pergi buat ujian di hospital kerajaan dan dapatkan cop pegawai perubatan yang mengesahkan bebas HIV.Test result hanya  valid untuk 6 bulan. 
  • The best timing : 3 bulan sebelum kahwin
     3. Surat akuan Bujang.
  • Jumpa ketua Kampung/ Penghulu atau Majikan (Yang beragama Islam Sahaja) untuk dapatkan surat akuan bujang.

Step 2

Step ini adalah untuk pengumpulan dokumen 
  1. Dokumen yang perlu disediakan:
  • Slip Permohonan Kebenaran Nikah On-line (Refer Step 3)
  • Pengesahan Saksi Permohonan (2 salinan bertanda tangan) [2 orang saksi bukan ahli keluarga, salinan IC mereka]
  • Surat Akuan Status Bujang dr Majikan/Ketua Kampung (Asal dan Salinan)-(Refer Step 1)
  • Salinan IC pemohon
  • Sijil Kursus Kahwin (Asal dan Salinan)-(Refer Step 1)
  • Laporan Pengesahan HIV (Asal)-(Refer Step 1)
  • Sijil Nikah Ibu Bapa (Asal dan Salinan)-Make sure bukan anak luar nikah dan tiada kemusykilan berkenaanan dengan wali.
  • IC Wali (Salinan)
  • Sijil Kelahiran Pemohon (Asal dan Salinan)
  • Senarai Semak Wali( Refer Step 3)

Step 3

Cara isi permohonan di eNCR
  1. Layari laman web ini  
  2. Sila Klik disini (No2. Sekiranya anda ingin mendaftar sebagai pengguna eNCR)
  3. Tick box dan teruskan.
  4. Pilih No Kad pengenalan dan masukkan no IC seterusnya tekan daftar.
  5. Log in dan  masukkan semua maklumat yang di minta. Klik pada nikah>Perempuan>Permohonan Kebenaran Nikah Perempuan.Isikan semua maklumat.

  • Kemudian  hantar permohonan...sila lah cetak. Dapatkan semua tandatangan pada borang  yang kena cetak di bawah dan lampirkan dengan dokumen yang dah disediakan sebelum ini.

Step 4

Pergi Temuduga

  1. Bawa semua dokumen yang dah lengkap dari Step 1 sampai Step 3 pergi Pejabat agama sekali lagi.Lepas tu cakap saya nak pergi temuduga.
  2. Temuduga. Yang ini cara nak jawab senang sahaja...baca buku panduan masa kursus kawin.Tapi nervouse punya pasal confirm gagap haha. Hafal rukun-rukun, syarat-syarat dalam soal ibadah- Be prepare ok!. Soalan yang ditanya kepadaku : 
  • Mengucap Kalimah Syahadah
  • Sebab-sebab mandi wajib
  • Jika tertinggal doa kunut sah tak solat subuh.

Step 5

Jumpa Tok Kadi/ Imam
  1. Pejabat Agama akan keluarkan surat kebenaran nikah dan akan bagi maklumat kadi yang akan menikahkan beserta no telefonnya sekali untuk dihubungi selepas habis temuduga.
  2. Dan apa lagi, hubungilah Tok kadi/ Imam yang nak nikahkan tu pastu bagi semua dokumen yang pejabat agama suruh bagi kat tok kadi.Ada satu fail dokumen yang terdiri dari dokumen yang kita sediakan tu.
  3. Lastly tanya tok kadi tu waktu yang dia boleh nikahkan kita dan bayaran upahnya beserta saksi untuk dibagi selepas majlis nanti...Ingat! ni kena tanya dan bila tiba waktunya sehari sebelum nikah....ingatkan balik Tok Kadi sebab ada kes Tok kadi lupa dtg hihi.
Sekian...Selamat bernikah dan menempuh alam rumah tangga...

133 ulasan:

  1. terime kasih atas perkongsian...:)

    BalasPadam
  2. Sama-sama :) semoga bermanfaat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sy ingin bertanya sy sudah pun mengambilkursus khawin tetapi sijil kursus sy hilang blh ke kalau sy update blik ke pejabat agama atau sy perlu daftar baru

      Padam
    2. xsilapnya klu sijil kursus hilang tu, kne pi balik dkt tempat buat kursus minta pengesahan da hadir kursus...lpas tu pi pejabat agama n bg pengesahan dr tempat kursus...mcm ad kne pi pesuruhjaya sumpah n kne byr dlm RM10 dkt pejabat agama tu utk issue sijil baru..tp try tnya dkt tmpt buat kursus tu dlu mcm mne..

      Padam
  3. tQ.. maklumat yang bermanfaat..
    mohon bertanya.. langkah2 semua ni utk lelaki dan perempuan atau perempuan sahaja?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Put3 Qalisha, yang ini lebih kepada perempuan negeri Johor, tetapi bg yang lelaki(Johor sahaja) masih lagi kena isi Sistem e-NCR dan dapatkan dokumen yang dinyatakan dalam sistem tersebut.Selepas surat kebenaran kahwin lelaki keluar barulah dokumen pihak perempuan dapat dilengkapkan dan diproses.

      Padam
  4. jika bercerai hidup dan ingin bernikah lagi perlukah menghadiri krusus kahwin lg.saya dan pasangan sudah berumur46 tahun

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perlu puan. Cerai mati sahaja dikecualikan berkursus semula.

      Padam
    2. Kna kursus kli kedua? Jika bakal suami sy duda, org Sabah, sy org jhr jika bernikah di jhr, perlu Kah dia pergi kursus Kali kedua?

      Padam
  5. Asalammualaikum... sya nak tnya...mcm sye dgn tunang dua² ddk n.9... tp nk mnikah di jb...mcm mne ye...prlu jgk ke nk isi e-ncr ni... tpi kami brdua dh dpt surat kbenaran nikah dr n.9...

    BalasPadam
  6. Asalammualaikum... sya nak tnya...mcm sye dgn tunang dua² ddk n.9... tp nk mnikah di jb...mcm mne ye...prlu jgk ke nk isi e-ncr ni... tpi kami brdua dh dpt surat kbenaran nikah dr n.9...

    BalasPadam
    Balasan
    1. En Azfar pendapat saya, anda masih perlu mengisi kerana kebenaran nikah negeri adalah berlainan. Tetapi untuk kepastian sila hubungi Jabatan Agama daerah ingin bernikah.

      Padam
  7. Salam, saya nak tanya, semua proses dari hantar dokumen and interview tu boleh walk in ke? Satu hari boleh setel x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika lengkap hanya satu hari sahaja.Boleh walk in.

      Padam
  8. Salam, saya nak tanya, semua proses dari hantar dokumen and interview tu boleh walk in ke? Satu hari boleh setel x?

    BalasPadam
  9. Borang untuk ujian hiv dah boleh print kan dekat encr nie ? Ataupun masih kena oergi ambik di oejabat agama

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum,,
    Tunang saya baru sampai jb skrg ni..dan sy baru terbaca blog ni,,dia dari Sarawak,, xtau plak kena ada surat pengesahan negeri..memandangkan kos pergi balik mahal ada x cara lain?? Dia seorang mualaf..harap balas ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummussalam, untuk situasi encik ini, encik perlu mendapatkan kebenaran dari mahkamah syariah dahulu kerana tergolong kategori pernikahan mualaf tanpa wali. Untuk lebih faham tindakan selanjutnya,encik kena walk in pejabat kadi daerah ingin bernikah dan bertanya tindakan selanjutnya.

      Padam
  11. Salam borang nikah luar daerah nk dpt dri mane ye n ag satu borang saksi kne print 2 ye.

    BalasPadam
  12. Waalaikumussalam wbt.Jika ic Johor, dapatkann dari sistem ENCR, jika tempat lain kena ikut prosedur pejabat agama daerah/negeri tersebut.Borang saksi print satu sahaja kerana dah ada dua ruang untuk diisi oleh saksi dalam borang tersebut.

    BalasPadam
  13. Trme kasih..wakalah wali tu kne wat x ek..sy xwat ley x..sy just wat pengesahan wali je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ** Maklumat Wakalah Wali hanya perlu diisi jika dan hanya jika :
      (1) Pemohon telah mendapatkan persetujuan dengan Jurunikah yang bakal menjadi wakil wali.
      (2) Wali Nasab pemohon tidak dapat hadir pada hari akad nikah.

      Padam
  14. Salam sis sy nk tanye surat akuan bujang tu nk ambil dkt mane dan borang hiv test pula kena online ke, dan satu lagi adakah semua borang lelaki pihak perempuan kena bwk ke pejabat agama..

    BalasPadam
  15. Salam sis sy nk tanye surat akuan bujang tu nk ambil dkt mane dan borang hiv test pula kena online ke, dan satu lagi adakah semua borang lelaki pihak perempuan kena bwk ke pejabat agama..

    BalasPadam
  16. Surat akuan bujang, if duduk kg jumpa ketua kampung atau penghulu. If not, majikan beragama islam can do. Borang lelaki diproses terlebih dahulu, jadi pihak lelaki cuma bg surat kebenaran nikah sahaja pada cik .

    BalasPadam
  17. Assalamualaikum nak tanya. Masa interview tu pergi sama sama atau perlu pergi asing ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wasslm, mana2 pun boleh.Time sy dulu...pergi seorang sahaja sbb pasangan luar negeri.

      Padam
    2. kalau pasangan c lelaki bukan johor.. dia tak perlu temuduga bagai2 tu.. okey... thanks info bermanfaat ni...

      Padam
  18. Salam .. awk nak tnya untuk lelaki bkn warganegara msia, perlu ke buat daftar on9 tu ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. X perlu buat ENCR. Sila rujuk pejabat agama daerah.

      Padam
  19. Sye nk tnye ye , klau mcm sye ic sarawak.. Tpi alamat jb. Sye bole dftr kt jb ke .. Dan lg 1 , tunang sye org kluang , jdi kami akn berkahwin di kluang , di rumah pihak lelaki .. antara kami berdua , siapa yg perlu pergi pejabat agama utk mohon borang nikah ye , sye atau pihak lelaki

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye daftar di JB ikut IC jika dh bermaustautin lama di Johor. Pihak perempuan dan lelaki 2-2 kena mohon kebenaran nikah, x kira negeri berlainan.

      Padam
  20. Mdm wani..
    Sy dah daftar Julai 2016 tp majlis tak dilangsungkan.
    Rancang bulan 9 ni.
    Sy kene daftar semula ke?
    Need help 😭

    BalasPadam
  21. Shahira, yang Julai tu dh proses sampai mana? Dapat kebenaran nikah ke? klau hanya hantar dekat sistem, just buat permohonan baru kat encr sahaja.

    BalasPadam
  22. Semua dah selesai. Tinggal tunggu majlis akad je sepatutnya. Mdm, bole lebih detail tak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. shahira, untuk kes awak ,kena call direct pejabat agama yang keluarkan kebenaran nikah tersebut kerana saya kurang pasti prosedurnya.

      Padam
  23. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  24. Borang2 yg dah di print tu nanti nak hantar ke mana eh ? MAIJ ke? Haha. Kawen bln10 ni, tp ape dokumen pon x buat lg 😂😂😂

    BalasPadam
  25. Borang2 yg dah di print tu nanti nak hantar ke mana eh ? MAIJ ke? Haha. Kawen bln10 ni, tp ape dokumen pon x buat lg 😂😂😂

    BalasPadam
  26. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  27. Assalammualaikum, saya dari Brunei Darussalam...nak menikahi dgn Anak gadis dari Johor, soalan saya....adakah boleh saya menikah dgn dia d Brunei Darussalam, dan bersanding d Johor...? Kalau boleh, bagaimana processnya n perurusannya? One more question. Kursus nikah boleh tak di buat kat Brunei saja? Terima Kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam, en ada 2 pilihan, jika berkahwin di negara encik, encik perlu mengikut undang2 Brunei dan perlu membuat pendaftaran perkahwinan melalui Mahkamah di Malaysia pula(ada denda biasanya). Pilihan kedua, adalah encik perlu bernikah di negeri Johor. Bakal isteri en perlu mendapatkan kebenaran nikah di pejabat agama daerahnya dan mengikut prosedur negeri Johor. Saya nasihatkan Encik dah pasangan supaya mendapatkan khidmat nasihat terus dari pejabat agama di Johor.Semoga urusan en. dipermudahkan.

      Padam
  28. salam. sy kerja di kl tp nikah di rumah family kat jb. untuk alamat semasa, perlu ltk alamat kl atau alamat rumah flmy ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alamat semasa ikut IC/kl. Alamat/Tempat Nikah; letak rumah family. Yang penting alamat tempat nikah. :)

      Padam
  29. Assalamualaikum , saya nak tnya .. klau perempuan dri negeri lain tpi nk bernikah di johor , pasangannya orng johor .. jadi mcm mana pulak ye ?

    BalasPadam
  30. assalamuaalaikum. sy nak tanye, utk uruskan all the step above dlm masa sebulan cukup ke?max brape lama yee ? trima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. cukup jika dokument semua lengkap dan tiada masalah lain.

      Padam
  31. As salam
    Saya ingin bertanya. Sekiranya bakal pemgantin perempuan memang berasal dari Johor manakala bakal pengantin lelaki adalah duda yg tinggal di UK (bukan Malaysia), bagaimana prosesnya. Harap dapat sedikit pencerahan.
    Terima kasih diucapkan atas bantuan dan pencerahan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena pegi tmpt UK tu mntk surat permohonan kawin luar negara

      Padam
  32. As salam
    Saya ingin bertanya. Sekiranya bakal pemgantin perempuan memang berasal dari Johor manakala bakal pengantin lelaki adalah duda yg tinggal di UK (bukan Malaysia), bagaimana prosesnya. Harap dapat sedikit pencerahan.
    Terima kasih diucapkan atas bantuan dan pencerahan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Prosedur lelaki agak berbeza. Sila refer pejabat agama daerah untuk pencerahan lebih lanjut.

      Padam
  33. Assalamualaikum, nnt interview tu due2 bakal pengantin ke kene interview? Sbb pasangan berlainan negeri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. asalamualaikum, kalau pengantin lelaki asal johor, perempuan asal selangor, pengantin lelaki kena dapatkan surat kebenaran nikah luar kawasan atau tak?

      Padam
    2. Waalaikumussalam. ya perlu bg pengantin lelaki dptkan surat kebenaran nikah di daerahnya.

      Padam
  34. Assalamualaikum. Sy nak tanya. Pejabat agama dah bg nama & no. tel tok imam yg nikahkan sy. Sy perlu mesej atau telefon shj? Dokumen yg pej agama bg pd sy tu perlu bg tok
    Imam dulu atau boleh simpan tggu masa nikah baru bg?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam. Seeloknya jumpa Tok imam tersebut dan serahkan dokumen. Tapi terpulang pada Tok imam, ada imam yang suruh kita simpan dulu. Jadi hubungi dia adalah lebih baik, ada tertibnya sebab kita nak minta dia nikah dan kita boleh bagitau masa yang kita mahukan dan tempat nak nikah. Jadi bincang dengan dia.

      Padam
  35. Assalamualaikum . Saya nak tanya . Pihak lelaki kena ade salinan sijil nikah ibu bapa jugak ke ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya nak tanya lagi . Surat akuan bujang tu memang perlu ye ? And mane nak dapat surat tu ?

      Padam
    2. Perlu, ketua kg atau penghulu bg kawasan luar bandar boleh keluarkan surat ini. Jika kawasan bandar ini sy x pasti. Sila rujuk pej agama yang terdekat.

      Padam
  36. Saya nak tanya lagi nih . Hee , mase medical checkup tu . Dia memang check HIV je ke ataupon ade check yang lain jugak ?

    BalasPadam
  37. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  38. Salam. Kalau dah bercerai then nak nikah lagi kene kursus jugak?

    BalasPadam
  39. Terjawap smua prsoalan...terima kasih....
    Sabah johor....

    BalasPadam
  40. Assalamualaikum.. Sis sy nk tny, pngntin pmpn johor dn lelaki johor, dua2 kne isi Borg ENCR ke??.. Lagi satu kalo mak pak pngntin pmpn da bercerai perlukan surat pemceraian juga ke??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye, 2-2 kena isi. Surat menikah ibu bapa yang penting untuk membuktikan kita bukan anak luar nikah, dan bapa layak jadi wali pernikahan.Surat cerai x berkaitan.

      Padam
  41. SIS NAK TANYA KALAU PEREMPUAN JOHOR LELAKI PAHANG KENA MOHON FORM NI JUGAK KE?

    BalasPadam
  42. Maaf brtanya, ayah sy dah mninggal dunia, jd adik sy akn jd wali sy. Sy perlu sediakn sijil nikah ibu bapa termasuk sijil kematian ayah atau bagaimana?

    BalasPadam
  43. Ya, sijil nikah dan mati kena ada sekali.

    BalasPadam
  44. Salam Mdm Wani, sy nk tnya kalau tunang sya berasal dr johor, dan sy berasal dr srwk, dan kami akan bernikah di sarawak, adakah saya perlu pergi untuk bt HIV test (memandangkan srwk xperlu bt HIV test

    BalasPadam
  45. Salam ? Tumpang tanye . Saya dan tunang berasal dari johor . Tapi tunang dudul tiram sye dduk skudai . Tunang sye perlu ke amik surat kebenara nikah luar daerah ? Harap dapat membantu

    BalasPadam
  46. info utk yg berkenaan.wrge tangkak yg nk mnta surat akuan bujang perlu print permohonan nikah dahulu sbg bukti permohonan.baru ketua kampung beri surat akuan bujang.fotostet ic skali. tq.

    BalasPadam
  47. yg step temuduga tu. pasangan perempuan dengan lelaki ke atau sendri? sbb pasangan lelaki tentera .

    BalasPadam
  48. Boleh ke kad pengenalan dari kota tinggi tapi urusan pernikahan di buat di pejabat agama johor bahru?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ah,,sye pn nk thu kad pngenalan sye dari kota tinggi, leh tak temuduga kt pjbat agama johor bahru,,sbp psngan sye johor

      Padam
    2. Tunang saya pun dari daerah Kota Tinggi, tp dah lama duduk kt Johor Bahru.

      Padam
  49. Bleh sy dpt contact no mdm wani ade few things nk tnye yg xbleh nk explain by text..urgent..tq

    BalasPadam
  50. Salam...step temuduga tu seeloknya pergi masa bila?

    BalasPadam
  51. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  52. Salam. Saya nak tanya saksi borang tu kena pergi sekali ke masa hantar borang ke pejabat agama?

    BalasPadam
  53. Salam.. sy lahir di johor tp dduk di KL.. nk kawen di johor umh parents. Perlu ke sy buat permohonan di pejbt agama KL dulu atau sy boleh terus buat permohonan nikah di pejbt agama daerah johor?

    BalasPadam
  54. info ni sape copy sape...sama je isinye dgn blog lg satu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Blog ini berdasarkan pengalaman masing-masing, Jika prosesnya sama tidakkah info nya pun sama. Niatnya cuma satu sebangai panduan.

      Padam
  55. Salam kak, saya Batrisyia dari Johor. Pasangan saya orang N9. Nak tanya, selain sistem eNCR tu, macam surat akuan bujang dan permohonan nikah luar lawasan tu, ada tarikh luput? Tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akuan bujang tiada tarikh luput yang spesifik tetapi surat nikah luar kawasan akan dapat bila tarikh perkahwinan telah tetap baru dikeluarkan.

      Padam
  56. Sy ingin bertanya sy pernah mengambil kursus nikah di masjid besar johor bahru tp sijil kursus nikah sy hilang blh ke sy mohon di pejabat agama keluarkan salinan sijil tu atau perlu ke sy menghadiri kursus kawin blik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh dapatkan salinan di pejabat agama tersebut.

      Padam
  57. Sis kalau sy org johor dan pasangan sy plk org selangor perlu ke sy membuat permohonan khawin luar negeri johor

    BalasPadam
  58. Sya nk tnya , kalau nikah bulan 6 , boleh ke pergi pjbat bulan 2 ?

    BalasPadam
  59. Assalamualaikum,
    saya ingin bertanya prosedur permohonan untuk mendapatkan kebenaran Nikah Yang akan Dilangsungkan Di Luar Negara Dengan Kebenaran..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf insyirah, saya tiada pengalaman yang ini. Saya nasihatkan awak terus ke pejabat agama Daerah untuk pertanyaan lebih lanjut.

      Padam
  60. Mdm saya nak tanya.kita lahir di neger selangor tapi nikah at johor .bole ke ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Adakah awak bermautautin di Johor. Jika ya boleh.

      Padam
  61. sis nak tanya...kalau anak tak sah taraf bagaimana nak buat urusan wali hakim?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pergi pejabat agama daerah, ada proses lain yang awak kena jalani dan mengambil masa. Sila pergi awal dan bagitau nak pakai wali hakim.

      Padam
  62. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  63. Salam,Mdm sy nk taye.Sy org johor tp pasangan sy org melaka, mse isi ENCR tu ade kene isi part maklumat psgn kte ke?

    BalasPadam
  64. Saya Nak Tanya, betol ke lafaz taklik mengunakan Bahasa jawi

    BalasPadam
  65. Maaf brtanya, ayah sy dah mninggal dunia, jd adik sy akn jd wali sy. Sy perlu sediakn sijil nikah ibu bapa termasuk sijil kematian ayah atau bagaimana?maslhnye sijil nikah ibu bapa da xde.mse sy nikah pertma sye xguna sijil nikah ibu bapa.mcm mne tu ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika perkahwinan kali kedua rasanya sudah tidak perlu sijil nikah ibu bapa. Sila rujuk pejabat agama semula.

      Padam
  66. assalamualaikum. maaf saye ingin bertanye..saye lahir di kuala lumpur tapi sekarang menetap di johor, insha allah saya akan berkahwin dengan lelaki yang lahir dan menetap di johor. adakah saye perlukan borang perkahwinan luar negeri jika saya akan bernikah di johor ??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya...awak kena refer pejabat agama daerah megikut kad pengenalan untuk dapatkan borang perkahwinan luar negeri.

      Padam
    2. okey :) terime kasih kerana membantu

      Padam
  67. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  68. Assalamualaikum madam. Boleh saya bertanya? Seeloknya daftar nikah online Johor tu berapa bulan sebelum? Saya nikah awal bulan 12 ni. Then, tunang saya org Pasir Gudang, Johor. Saya org Kempas, Johor. Adakah temuduga nanti kami boleh pergi bersama-sama? Ke ikut tempat masing2 pej agama?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pendapat saya 3 bulan sebelum. Temuduga ikut pejabat agama masing2.

      Padam
  69. Salam nak tanya, perempuan kena buat surat akuan bujang jgk ke?

    BalasPadam
  70. Salam, IC saya nombor 05 (negeri sembilan) tapi alamat dekat IC saya Johor ( rumah tempat tinggal, membesar dan tempat nikah), IC parents Johor. Saya perlu surat pengesahan mastautin atau tak perlu? Mekasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak perlu rasanya.confirmkan dengan Pejabat kadi daerah ya.

      Padam
  71. Assalamualaikum . Saya dan pasangan berasal dari kl tapi ingin bernikah di johor . Jadi apa first step yang patut saya lakukan untuk urusan borang ni ye ? Adakah saya perlu mendaftar nikah online johor ataupun daftar nikah kl ?

    BalasPadam
  72. Salam.. Kak sy nk tanya..
    Sy duduk kl, lelaki n9..tp nak nikah di johor.. Jd sy da tukar alamat johor pd ic..
    Urusan sy perlu ikot sistem johor kan?
    Perempuan pon perlu di temuduga ke?

    BalasPadam
  73. Selepas hantar permohonan dan selesai temuduga, ambil masa lama ke untuk pejabat kadi bagi sijil kebenaran nikah?

    BalasPadam
  74. Salam....sy nk tya sy nk rjuk balik dgn bekas suami sy setelah setahun bcerai..klau sy nk nikah kat johor blh tk...lps tu apa dokumen yg perlu sy ada kan

    BalasPadam
  75. Assalamualaikum...sy nk tnya klau perempuan luar dr johor apa yg perlu sediakn

    BalasPadam
  76. assalamualaikum , sy nak tanya . bakal pengantin lelaki orang johor , sy duduk di kl . saya nak nikah di johor , macam mana ye sy perlu buat ?

    BalasPadam
  77. Salam.maaf , nak tanya, borang online, lelaki dan perempuan, kene isi online ke? Ke slah sorang

    BalasPadam
  78. Salam..Siapa boleh tolong sy..sy asal johor tp bakal pasangan org sabah mcm mana nk dpatkn borang nikah luar negeri johor?nk dptkn cm ne sbb cari borang 2 x jmpa la nk print

    BalasPadam
  79. Bismillahir Rahmanir Rahim

    https://keep.line.me/s/Dg9O1W5x3CyZh7KgLGITVNEy18cV76dX3C1YwDN9MQI


    Web: almawaddah.info

    Salam wa rahmah

    Kepada;

    Yang dihormati para akademik, para rektor universiti dan para mufti.

    Tan Seri/Datuk Seri/Datin Seri/Datuk/Datin/ tuan/puan

    Tajuk: "Penukaran al-Qur'an dangan mazhab Ahli Sunnah Wal-Jamaah sebagai asas agama Islam oleh para Mufti Malaysia adalah "un-Islamic". Rencana ini adalah bagi tujuan kajian dan renungan
    Tidakkah Islam itu rahmatan li -l-Alamin..?
    Terima kasih wa 'afwan.

    Daripada;
    Pencinta al-Qur'an sebagai asas agama Islam di Malaysia.
    Kuala Lumpur
    Malaysia.



    BalasPadam
  80. kalau ic johor tpi alamat dalam ic negeri sembilan perlu ke buat pengesahan mastautin

    BalasPadam
  81. Assalamualaikum kak jika berkahwinan kali ke dua perlu kn sijil nikah ibu bpe ke.. jika pki wali hakim? Dan di mna boleh mendapatkan sijil nye?

    BalasPadam
  82. Puan, kenapa saya tk blh masukkan no IC bapa. Tekan kemaskini tapi di reject semula.

    BalasPadam